Saifuddin Bawa Suara DAP Pilih Calon PKR?


UMUM mengetahui pertembungan antara “kartel” dengan “Istana Segambut” dalam PKR dalam menentukan calon-calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Satu kumpulan mewakili Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cukup berpengaruh dan semakin meluaskan penguasaan dalam parti.

Satu kumpulan lagi mewakili keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Anwar di belakang dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di hadapan sebagai presiden parti.

Semalam, Wan Azizah membuat pengumuman senarai calon bertanding di Selangor, pengumuman yang mengejutkan Azmin.

Rundingan antara pemegang senarai calon masih belum dapat diselesaikan semasa Wan Azizah membacakan senarai.

Tindakan preemtif Wan Azizah itu memanaskan lagi suasana dalaman PKR yang masih bergelut dengan perebutan untuk pencalonan.

Menambahkan kerumitan, selain senarai Wan Azizah dan Azmin, satu senarai dibawa oleh Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR.

Saifuddin dikatakan telah membawa senarai itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diluluskan, menambahkan masalah kepada ketua umum yang terpenjara itu dan PKR.

Senarai Saifuddin didakwa mewakili kepentingannya sendiri, tetapi turut dipercayai mewakili kepentingan DAP.

Saifuddin walaupun antara barisan kepimpinan PKR, bekerja untuk Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP.

Kepentingan Saifuddin dan kepentingan yang diwakili beliau bakal mengkucar-kacirkan lagi PKR menjelang PRU14 ini.



.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

Subscribe to receive free email updates: