PRU14: Tidak Jadi Pisang, Diva AA Pilih Simbol Gajah


UNIK… Ramai tahu bahawa 9 Mei ini adalah tarikh mengundi bagi warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin terasa.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pengacara kontroversi, Azwan Ali mengesahkan bakal bertanding sebagai calon bebas dalam PRU-14 demi menentang abang kandung sendiri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan, Azwan pernah berkata beliau akan bertanding di mana-mana sahaja kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR itu. 

Sebelum ini, Azwan yang juga lebih dikenali sebagai Diva AA itu dikhabarkan pada mulanya mahu menggunakan simbol pisang sebagai logo pilihan raya untuk kempen politik dirinya.


Azwan Ali bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa bagi mencabar Azmin.
Bagaimanapun dipetik daripada laporan Sinar Harian, beliau kemudian telah berubah fikiran apabila menukar logo berkenaan kepada simbol mamalia terbesar darat iaitu gajah.

Malah, beliau juga tidak menyatakan sebab sebenar dan terperinci mengapa beliau tiba-tiba berubah fikiran menukar logo berkenaan kepada simbol haiwan itu daripada buah tersebut.

“Panas, panas… panas, saya boleh sahkan bahawa saya menggunakan logo Gajah. Saya akan bertanding sebagai calon Bebas, sebab apa saya ke sana kerana, saya yakin rakyat di Bukit Antarabangsa, muak dengan janji palsu Azmin,” ujar Azwan.

Dalam pada itu, selebriti terkenal tersebut dikatakan turut mengesahkan bakal bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa bagi mencabar Azmin.

Memetik sumber lagi, difahamkan Azwan turut menggariskan lima aku janji sebagai taruhan terbaik beliau buat rakyat di Bukit Antarabangsa.

“Antaranya, konsep turun padang tiap hari demi rakyat; Hapuskan politik rasuah serta merta; Masalah air Selangor diselesaikan secepat mungkin; Rumah mampu milik untuk rakyat dan Kerap sesi sedekah bersama rakyat,” ujarnya.


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, ditanya mengenai tahap keyakinan beliau bagi meraih undi di kerusi berkenaan, beliau mengakui tidak kisah sekiranya hanya mendapat satu undi sahaja.

“Saya telah selesai urusan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jadi ini membuktikan bahawa saya serius untuk bertanding.

“Saya tetap yakin, walaupun satu undi, saya okay, ia sudah cukup berharga bagi saya meskipun hilang wang pertaruhan, itu duit saya bukan duit anda,” jelas Azwan. Umpama bertemu buku dengan ruas, ‘pertarungan’ di antara dua beradik itu bakal menyaksikan bentuk persaingan yang sudah pasti sangat sengit kelak!



.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • RESEPI PUDING ROTI CARAMEL PUDING ROTI CARAMEL Sebenarnya dah lama ita cari resepi Puding Roti Caramel ni, sebab hubby ita suka sanggat makan puding roti ni. First… Read More...
  • BUBUR DURIAN RINGKAS BUBUR DURIAN    Dalili ni macam2 yang dia mintak. Hari ni dia minta ayahnya belikan durian. Ita memang tak suka durian baunya … Read More...
  • KUIH KOSUI KUIH KOSUI Kuih ini mengamit seribu memori buat ita. Masa kecik2 dulu ita selalu tolong mak jual kuih ni. Kadang2 Mak hantar kuih ni kak… Read More...
  • APAM MEKAR APAM MEKAR Sebab ramai rakan2 dah mencuba buat apam mekar ni hati ni pun terpanggil2 nak membuatnyer jugak. Berdebar2 jugak la rasa taku… Read More...
  • ROJAK MEE ROJAK MEE Rojak mee ni sebenarnyer makanan kegemaran ayah ita. Mak selalu buatkan. Hari ni rasa teringin nak makan pulak... Jom ikut ita… Read More...