Kenyataan Mahathir Yang Penyokong HARAPAN kena fikir, PAS Dah Tahu...



Semua rakyat Malaysia masih ingat pada 1998, Mahathir pernah beritahu seluruh negara bahawa Anwar Ibrahim perlu dipecat kerana kesalahan rasuah dan liwat.


Kenyataan itu disebut berkali-kali dihadapan media tempatan dan antarabangsa ketika itu. Sesiapa yang menentangnya akan ditangkap tanpa mengira status baik ahli keluarga Anwar, rakan politiknya ataupun rakyat biasa.

Bulan lepas, Mahathir diminta meminta maaf atas perbuatannya terhadap Anwar tetapi dia berdalih dan mengatakan dia tidak membuat apa-apa kesalahan terhadap bekas timbalannya itu. Dia juga mempertahankan tindakannya ketika itu kononnya dia mempunyai bukti.

Bulan Disember 2017 iaitu kemarin Mahathir berdiri disebelah peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dan mengakui bahawa Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan liwat keduanya itu, adalah tahanan politik dan patut dibebaskan.

Rakyat tanya kegilaan apakah ini yang datang daripada bakal calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan untuk memperdaya rakyat pada PRU14 akan datang. Memang patutlah AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi percaya Malaysia akan terjerumus pada kerosakan lebih teruk jika Mahathir dilantik semula sebagai PM.

Kredit
Mohd Zubit Lebai


.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

Subscribe to receive free email updates: